Bila sebut tentang persepsi biasanya orang akan fikirkan iaitu view seseorang individu terhadap sesuatu perkara, tak kisah lah dari segi baik mahupun yang buruknya. Ada yang positif dan ada yang negatif di mata masing-masing and i respect that.
Hai! sepatutnya entri ini ditulis awal lagi tapi ye lah sebab masalah-masalah teknikal so tertangguh sikit hehe. Berikutan dengan persepsi yang aku tulis di pengenalan di atas, sememangnya aku hormati persepsi individu (biasanya kepada mereka-mereka yang aku kenal) tetapi kadang-kadang persepsi yang mereka tunjukkan & yang aku nampak, ianya seolah-olah seperti macam tak munasabah.
Dan bila ianya tak munasabah maka aku jadi muna'sarawak' lah. Hehe.. Takde lah, aku jadi terganggu dengan persepsi mereka terhadap sesuatu perkara. Aku tak terlintas nak menegur kerana itu adalah persepsi mereka masing-masing TETAPI sekiranya mereka memerlukan pandangan orang luar, aku sedia memberi input aku walau tak lah sebagus mana.
Itu kalau yang positif, cuba kalau yang negatif. Dah nama pun negatif sudah tentu lah kita akan rasa seperti tertanggungjawab untuk memperbetulkan, membantu dsb persepsi mereka tapi biasa lah orang kita, bagi yang open-minded mudah lah untuk mereka melakukan perubahan. Untuk yang ego nya tinggi memang tak boleh nak kata apa lah melainkan ada insiden yang berlaku bagi mereka untuk mengubah persepsi mereka.
Tapi untuk yang berpersepsi negatif ni, bukannya tak ada kebaikannya. Ada kala apa-apa pandangan yang mereka utarakan pasti ada sebabnya, mungkin kerana mereka pernah melaluinya sebelum ini. Apa yang aku pegang sehingga hari ini, SETIAP benda yang terjadi mesti ada baik dan buruknya.
Lihat komuniti masyarakat masakini, bila terjadinya dugaan yang menimpa mereka terus mereka memikirkan yang negatif sahaja secara terus tanpa melihat apa kebaikan yang terlindung di sebalik dugaan itu. Aku juga tak terkecuali, bila terlalu kecewa memang otak kita tidak akan seimbang pemikirannya. Hanya fikir buruk saja. Dari hari ke hari aku cuba untuk mengimbangkan.
Sekarang pun aku masih dalam keadaan menyesuaikan diri, tidak lah kata yang aku ni dah melepasi batas tertentu sampai aku boleh tulis entri Persepsi ini. Aku masih belajar dan tak akan habis untuk belajar tentang karakter-karakter manusia yang never-ending. Penulisan aku adalah berdasarkan secara am dan bukannya khusus oleh itu ianya berdasarkan pemerhatian aku saja.
Perpepsi tu kalau kau orang semua terasa haus pergi lah beli Pepsi kat kedai. Dapatkan di stor yang berhampiran kediaman anda. Hehehe...
Yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk semuanya adalah dari diri aku sendiri.


