Friday 29 June 2012

Ke-percaya-an

Tergerak untuk aku membuat posting kali ni bila semalam ada perbincangan antara aku dengan rakan-rakan opis berkenaan dengan orang Iran. Bila sebut saja Iran terus kita bayangkan yang mereka ni dari Middle East. So bila dah Middle East terus lah persepsi kita pada mereka yang mereka ni pasti kuat agamanya. Ada betul dan ada salahnya persepsi tu pada pendapat aku.

Pertama, kalau org Iran yg terpelajar, baik akhlaknya, maka kuatlah agamanya tapi di Malaysia ni tak ramai yang sebegitu, hanya segelintir sahaja. Kedua, kalau yang tak baik tu apa yang boleh dirumuskan kebanyakan yang tak baik tu datangnya dari golongan pelajar-pelajar kolej khususnya swasta.

Baiklah, isu yang sebenarnya yang ingin diketengahkan di sini apabila orang Iran yang ada di Malaysia ni (pelajar) mengaku mereka Muslim tetapi mereka tak percaya dengan Islam. Ia berlaku apabila member aku (pensyarah) bertanya kepada seorang pelajar ini "Are you a Muslim?" dan dia jawab "Yes, but I don't believe in Islam." dan pelajar tersebut mengakui yang dia juga makan pork. Lebih menyedihkan bila dengan bangganya dia berkata yang dia tak sembahyang.


Secara peribadi bila aku terdengarkan perkara ni, bercampur-baur rasa nak marah, kecewa pun ada. Kebanyakan orang-orang kita boleh dikatakan memandang tinggi dengan orang Timur Tengah ni kerana bila sebut orang Iran contohnya, orang Saudi contohnya, tempat mereka seolah tak jauh dari Tanah Haram. Bila dilihat mereka bersikap sedemikian seolah-olah mereka rasa mereka bagai 'insan terpilih' lah agaknya. Buat jahat, buat jahat, pastu last-last masuk syurga. Pasal apa? Sebab 'insan terpilih' lah kononnya. HUH!

Apa yg menambahkan kemarahan dan kebengangan aku apabila mereka menyalahkan Allah S.W.T. apabila mereka kehilangan saudara terdekat mereka contohnya ibu, ayah dan sebagainya. Berani sungguh mereka nak menyalahkan Allah atas takdir yang dah berlaku. Ingat balik masa mereka (saudara terdekat) masih hidup, apa yang mereka (pelajar) ini buat? Ada mereka berterima kasih kepada Allah atas nikmat hidup yang diberikan sampai boleh ke luar negara meneruskan pelajaran dan hidup dalam keadaan aman? TIDAK! Sebaliknya lebih banyak kemungkaran yang dilakukan dan bila sesuatu yang buruk menimpa mereka, ada hati pula nak salahkan Allah. NONSENSE!

Apa yang diutarakan hanyalah sekadar apa yang aku dengar dari rakan sekerja aku yg berasal dari India dan mungkin boleh di ambil iktibar kepada kita semua. Aku akui bila menyentuh bab Allah S.W.T., aku amat takut sekiranya aku akan mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan akidah Islam. Moga Allah melindungi aku dan hamba-hambanya yang lain di mukabumi ini. Setakat ini dulu posting kali ini.

"Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari diri saya sendiri. Wallahualam."

Thursday 28 June 2012

Kembali ~

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,



Sudah sekian lama tak berblog di sini. Last sekali posting adalah sekitar tahun lepas, masyaAllah lamanya tak update "isu-isu" berbangkit. Hehe... Bukan saja suka-suka tak nak berblog ni cuma tahun lepas banyak masa terluang a.k.a. masih penganggur ketika itu. Kini dah start bekerja so masa agak terhad untuk berkongsi informasi baik ilmiah mahupun borak-borak kosong.

InsyaAllah bermula hari ini aku akan cuba untuk berblog bila ada masa terluang. Kalau kerja tengah bertimbun alamatnya tak dikemaskini lah blog ni kan hehehe...

Banyak perkara menarik yg berlaku, secara spesifiknya apabila aku mula bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta. Ya, aku sekarang dah dikira menjadi sebahagian daripada golongan pendidik walaupun aku tahu yang aku ni bukanlah outstanding sgt kerana aku dari industri pengurusan perniagaan, masuk ke dalam industri pendidikan.

Setakat ini dulu pendahuluan untuk tahun 2012. Hehe... Posting seterusnya aku akan kongsikan pengalaman pertama saat aku menjengah masuk ke dalam industri pendidikan ini. Terima kasih kepada followers dan juga viewers yang sudi meninjau blog aku yang dah bersawang ni. InsyaAllah akan ada updates terkini. Silap-silap dekat pejabat pun aku update juga karang hahaha...

"Segala yang baik datang daripada ALLAH dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri"

As-Salaam

Thursday 18 August 2011

Latihan Industri a.k.a. Internships


Tengah duduk-duduk tiba-tiba terfikirkan tentang apa yang dah aku buat sehingga berada ke tahap sekarang. Salah satu apa yang dah berlaku sebelum ni adalah dengan decision aku untuk join program internship yg dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd. Sebut saja pasal internship ni belia-belia masa kini khususnya bagi mereka yang nak memulakan semula karier dalam sesuatu bidang pekerjaan, takkan prefer sangat program ni sebab kalau dilihatkan remuneration package yang ditawarkan adalah sangat rendah. Ini kerana ia berbentuk elaun yang mana jumlahnya lebih kurang dari pakej gaji.

Situasi ini adalah normal dan aku takkan dispute decision mereka pun kerana ada di antara mereka yang telah berkeluarga dan tanggungan mereka agak tinggi. Tapi aku agak kurang setuju sikit bila generasi muda terutama graduan lepasan universiti yang memandang enteng, sebilangan bukannya keseluruhan, tentang internship ni. Alasannya adalah kerana faktor gaji yang sikit. Ditambah pula dengan merungut dengan keadaan di tempat kerja yang tidak favourable kepada mereka ex: stress dsb sehingga mengakibatkan mereka berhenti kerja. (kalau tak berhenti tu kira ok lagi)

Tidaklah aku condemn mereka sekeras-kerasnya kerana aku juga antara yang berfikiran seperti mereka masa aku baru lepas grad dulu. 2 bulan je tahan di satu bank tempatan ni kerana tak tahan stress lebih-lebih lagi isu perkauman di situ. So kat sini aku just nak share kepada pelajar-pelajar lepasan universiti yang baru nak masuk ke alam pekerjaan ni untuk attempt internship program ni sebagai persediaan mereka sebelum masuk ke dunia pekerjaan yang sebenar.


Secara ringkasnya, internship ni dapat membantu peserta dari segi fizikal dan mental sebelum mereka menempuh alam pekerjaan sebenarnya. Masalah yang sering berlaku di tempat kerja adalah komunikasi antara executive dengan management. Sekurang-kurangnya apa yang mereka lalui sepanjang pembelajaran mereka, ia dapat memberi pendedahan kepada peserta bagaimana nak handle sekiranya berlaku situasi sebegini. Soft skill individu dapat diperkembangkan berperingkat-peringkat.

Tidak dinafikan kalau dari sudut kewangan akan nampak rendah saja. Tapi kalau bermula dari bawah dan kita sabar, pasti akan dapat reward tak lama kemudian ditambah sekiranya kita perform dalam tugas kita ex: naik gaji, naik pangkat etc. Sekiranya ditanya pendapat aku wajarkah program sebegini untuk di join terutamanya untuk fresh graduate, aku memang SETUJU kerana aku pernah laluinya dan ianya suatu pengalaman yang sangat berharga. TERIMA KASIH CYBERVIEW! (wah promo gitu...hihi).

Ianya bukanlah satu kemestian tapi hanyalah cadangan dari seseorang yang pernah melaluinya. Aku yakin ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan aku dan aku hormati pendirian mereka.

"Hot-Chu-Weyy"

Sekian.

Wednesday 10 August 2011

Pensyarah Muda: Itu Ini Begitu Begini





Entri kali ni bukanlah lebih kepada nak mendefinisikan apa itu pensyarah memandangkan semua orang pun dah tahu apa itu pensyarah dan job scope mereka. Tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis tentang topik "Pensyarah Muda" setelah terbaca satu ruangan forum berkenaan perkara ini. Berkemungkinan apa yang aku tulis ini sedikit sebanyak bias kerana aku sendiri on the way nak bina karier dalam bidang akademik ni.

Sedang-sedang aku membaca komen-komen di forum tu tergerak untuk aku menulis pendapat aku sendiri berkenaan ni di mana kebanyakannya orang menghentam pensyarah muda tak cukup pengalaman lah, tak membantu dari segi perkembangan pendidikan pelajar dengan "kementahan" mereka mengajar. Ada seorang user yang aku rasa beliau ialah seorang journalist yang mengambil petikan/kata-kata seorang profesor, berikut adalah posting yang aku baca, (copy paste bagi mengelakkan misunderstanding):

"keadaan ini pernah merisaukan seorang profesor dalam perbualan kami mengenai ‘watak muda’ yang mula membanjiri bidang akademik tanah air. Katanya, hal ini juga memberi isyarat negatif, menunjukkan ramai anak muda hari ini seolah-olah tidak mempunyai pilihan lain lalu menyambung pengajian selepas tamat ijazah pertama."

"memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan, jadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran adalah pilihan terakhir dilakukan dengan ‘terpaksa’. Akhirnya, selepas tamat, mereka berjaya juga menjadi pensyarah universiti."

"Namun, golongan ini tidak mampu menunjukkan tahap intelektual yang tinggi. Perkara ini tidak berlaku pada zamannya. Mungkin hal ini ada benarnya, memandangkan ramai graduan hari ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana hanya dengan keputusan keseluruhan minimum 3.00."

Pada pandangan aku, untuk menjawab statement ini apabila mengatakan anak muda ini tidak ada pilihan lain adalah kurang tepat kerana selain bidang pengajaran banyak lagi platform yang tersedia di Malaysia khususnya. Namakan industri-industri yang ada, pecahkan industri tersebut kepada syarikat-syarikat swasta kebiasaannya dan kerajaan, seterusnya pecahkan kepada department-department dalam syarikat. Bukankah banyak platform untuk pelajar-pelajar lepasan ijazah pertama/diploma ceburi? Apa yang aku perhatikan ramai juga belia-belia sekarang apabila mereka decide hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, most likely mereka dah tahu apa yang mereka nak buat untuk future mereka. Kalau kes terpaksa tu memang aku tak nafikan ada juga tapi sikit saja bilangannya. Tapi biasalah yang sikit tu lah orang dok kecohkan ye dak?

Namun terpulang juga kepada individu itu sendiri untuk mencorak karier masing-masing. Kalau betullah "watak lama" ini bagus bunyinya sampai katakan "watak muda" ni cetek ilmu, ada benarnya tapi kenapa tak dididik pelajar-pelajar mereka yang dah nak grad tentang macam mana nak masuk industri terlebih dahulu sebelum mereka mencorak karier masing-masing. Tapi aku TAK nafikan pengetahuan pensyarah senior/profesor memang tak dapat disangkal lagi dalam aspek pengajaran oleh kerana pengalaman mereka yang luas.


Yang membuat aku kurang setuju adalah apabila mereka kondemn pensyarah muda sebegitu rupa. Memang pengalaman mereka cetek, ya lah baru lepasan sarjana apa saja pengalaman yang mereka ada. Pengalaman dikumpul berperingkat-peringkat, lama-lama akan efisyen lah mereka. Orang-orang lama pun aku pasti masa mereka nak mula mengajar dulu mereka pun menghadapi kesukaran yang serupa tapi bila mereka dah expert dalam bidang mereka mudahlah untuk mereka kondemn bila ada orang baru masuk. Senario ini dah biasa sangat pada masa kini.

Tidak adil untuk samakan apa yang berlaku zaman dulu berbanding zaman sekarang. Tidak juga aku katakan yang aku kurang setuju dengan semua pendapat-pendapat "orang lama" ni. Ini kerana pensyarah muda zaman sekarang pun ada yang carried away dengan apa yang mereka lakukan dalam tugas mereka mendidik generasi muda. Contohnya mereka-mereka yang jenis gebang kuat tu memang patut la kena laser dengan pensyarah senior. Biasalah manusia mana ada yang perfect kan. Setiap sesuatu ada baik dan ada buruknya, kita tak dapat lari daripada itu.

Kesimpulannya, aku berasakan pensyarah muda terutamanya lepasan sarjana diberi peluang untuk membuktikan kebolehan mereka dalam bidang akademik ini. Ya, aku setuju expectation yang diletakkan ke atas mereka adalah tinggi tapi bagi mendapatkan hasil yang berkualiti ianya tak dapat dicapai dalam masa sehari dua. Pasti orang lama juga hadapi perkara yang sama masa mereka mula-mula start dulu. Berlaku adil lah pada mereka juga. Nescaya pensyarah-pensyarah muda ini lah yang menjadi pelapis untuk orang-orang lama dalam bidang akademik ini.

Give Time and It Will Grow

Setakat ini sahaja entri ringkas aku kali ini. Apa yang dihujahkan hanyalah berdasarkan pendapat dan pemahaman aku sendiri. Aku juga dalam proses transisi daripada belajar kepada mengajar. Masih banyak kelemahan. Tunjuk ajar daripada mereka-mereka yang senior amatlah diperlukan bagi tujuan memperbaiki diri.

Sekian.

Sunday 7 August 2011

Dimensi Baru VL


VLFC dah lama tak beraksi sejak dari bulan berapa entah last kitorang main beberapa bulan lepas. Baru-baru ni VL dua minggu berturut-turut berfutsal tapi malangnya prestasi merudum boleh kata sampai ke tahap yang tidak di sangka kerana chemistry atau keserasian antara pemain-pemain VL macam dah lost. Sampai juga ke telinga aku yang mana sesetengah pemain menyuarakan kekecewaan dari segi prestasi VL.

Bagi pengetahuan semua, untuk dua minggu berturut-turut, VL tewas 2 game. Tetapi on the bright side, aku tetap yakin yang counter-attack milik VL adalah yang paling terbaik setakat ini walaupun di kala prestasi pasukan yang tengah merudum sekarang. Sedikit sebanyak entri ini akan aku jelaskan berdasarkan apa yang aku observe yang menjadi punca kemerosotan prestasi VL.

Antara punca utama adalah faktor masa di mana VL dah berbulan-bulan rasanya tak beraksi sebelum dua minggu lepas. Oleh itu keserasian sukar dicapai dalam masa yang singkat yang mana pemain-pemain kalau boleh bersabarlah sedikit dan perlahan-lahan mencari rentak. Jelas kelihatan baru-baru ini apabila pemain-pemain tercari-cari rentak masing-masing. It will come naturally, believe me.

Seterusnya, selama ini VL sering berada dalam zon selesa yang mana opponent yang selalu VL tentang adalah opponent "kitar semula" di kalangan rakan-rakan. Ia bermaksud, pihak lawan yang sering di lawan berulang-ulang kali maka tahap prestasi hanya berkembang setakat itu sahaja. Pernah juga VL lawan opponent baru yang di ajak melalui pemain-pemain VL, selalunya VL akan tewas untuk game pertama tapi bila di ulang perlawanan tersebut VL biasanya menang. 

Aku mengambil inisiatif untuk mengeluarkan VL dari zon selesa yang mana opponent-opponent VL adalah dari kalangan GoFutsal forum yang selalu aku war-war kan kepada team-mates. Aku jangka dari situ VL akan dapat exposure yang lebih kerana kebanyakan team-team forum adalah yang aktif dalam tournament futsal. Sementalaah itu, kita boleh belajar bagaimana corak, rentak, taktik yang digunapakai team-team ni untuk improvement VL.



Tak bermaksud aku katakan yang opponent "kitar semula" itu tak memberi manfaat. Ia sangat bagus sebab dari situ lah kita tahu kekuatan tersendiri pemain-pemain VL i.e. dribbler, crosser, long ball, short pass, goalscorer etc. Permasalahan ketara VL ketika ini adalah PERTAHANAN yang mana perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa. 

Sebagai kapten yang dilantik oleh semua player secara tak rasmi (haha!), aku sarankan VL tak perlu lah nak ikut rentak atau cara permainan team lain sebabnya kerana setiap individu dalam VL mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa kata kita eksploitkan keistimewaan itu semaksima boleh dan seterusnya memaksimakan counter-attack yang sememangnya our strong point kita dan improvekan bahagian pertahanan.

Harapan aku dengan pendedahan anonymous opponent harap-harapnya VL boleh lebih improve gameplay menjadi lebih menarik dan stylo. Kita set mindset kita nak berfutsal for fun kerana dengan cara itu VL pasti akan beraksi cemerlang berbanding kalau kita set mindset untuk menang sebab kalau tak nanti kita akan tension dan stress, bila tension dan stress masa itu lah kita perform teruk.

Akhir kata, apart from kebanyakan team yang pernah aku main, VL is far more ahead BETTER than any other team. I am proud to be a Locos. Because we start from the bottom and become what we are today.

Sekian.

Wednesday 3 August 2011

Ke-Salah Faham-an


Dapat idea untuk topik "Ke-Salah Faham-an" ni masa dengar tazkirah ringkas masa solat terawih semalam di Masjid Al-Hasanah, Bangi berkenaan sedekah. Apa yang diceritakan bukannya pasal sedekah semata-mata tapi lebih kepada attitude orang kita tentang benda-benda yang baik di sekeliling bila kita buat tapi di pandang serong/remeh.

Aku akui hanya segelintir yang bersikap demikian tapi yang sedikit ini lah yang merebakkannya secara berleluasa sehingga menimbulkan kegusaran kepada kebanyakkan masyarakat kita terutama yang hendak berbuat kebaikan ke arah keagamaan.

Antaranya adalah seperti menderma. Sekarang rasanya dah kurang gejala ini di mana bila kita menghulurkan sejumlah wang untuk menderma, segelintir yang tersebut akan cakap-cakap belakang kononnya kita nak menunjuk sedangkan mereka tak tahu yang niat kita ikhlas nak menderma.

Apa yang aku nak persoalkan, mereka yang cakap belakang ni tak tergerak ke nak memberi sumbangan khususnya kepada masjid-masjid atau anak-anak yatim kalau dah rasa diri tu bagus sangat? Oleh itu, janganlah memandang serong sekiranya ada individu yang menderma dengan banyak bukan sebab nak berlagak tapi sebab dia mampu.

Alhamdulillah apa yang aku perhatikan kini dah sangat kurang "mereka-mereka" yang memandang serong kepada orang-orang yang berbuat kebaikan ni. Masih ada, tapi dah tak banyak.



Sebut tentang derma lagi, aku mudah rasa kasihan terhadap individu yang hidup dalam kesusahan atau dengan kata lain daya empathy aku sangat tinggi. So dulu jika aku ada lebihan duit belanja aku dermakan pada peminta sedekah sama ada kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat anggota badannya.

Orang yang cetek pemikirannya akan fikir yang aku ni nak tunjuk baik lah tu sedangkan apa yang aku rasa bukannya diorang tahu. Pedulikan saja. Tapi kini perasaan aku lebih untuk menderma ke masjid-masjid kerana aku tahu ke mana aliran duit tu pergi which is ke jalan yang betul.

Bukan aku tak nak derma lagi kepada peminta sedekah, sebabnya sekarang ni dah makin banyak sindiket-sindiket yang mempergunakan kanak-kanak dan warga emas yang hidup susah bagi mengaut keuntungan peribadi atau syarikat. Aku sangat menentang benda-benda macam ni!!

Tapi tengok mood jugak walaupun aku tahu itu sindiket kalau terasa nak derma, derma saja. Tak salah pun. Sekurang-kurangnya kita berniat nak menderma semoga Allah mengurangkan penderitaan yang dihadapi mereka.

Sekian.

Monday 1 August 2011

Konflik Diri

Menulis sambil-sambil mendengar lagu. Pastinya akan melambatkan posting yang memang dah sedia lambat ni. Hehe.. Topik kali ini lebih banyak berkisar tentang aku dan sedikit sebanyak insan-insan yang berada di sekeliling aku.

Konflik, aku gambarkan sebagai sebuah percanggahan dalam diri aku dalam membuat keputusan atau decision-making. Bunyi macam remeh tapi inilah yang aku hadapi sejak dari kecil.


Sering terjadi bila hati aku kata ini tapi atas sebab tertentu aku terpaksa ikut itu. Permasalahan yang aku sendiri nampak ialah di mana aku belum cukup firm in giving my thoughts and take action for it. Sebab utama aku tak mahu mengecewakan pihak tertentu kerana aku seboleh-boleh nak mengelakkan berlakunya pertelingkahan, bermasam-muka yang mana aku cukup tak berapa nak kenan sangat.

Dengan kata lain aku mengalah saja. Tapi tak bermaksud apa yang aku buat itu tak mendatangkan kebaikan kerana pernah aku buat keputusan sendiri yang mana ia tidak berpihak kepada aku. Ini disebabkan aku belum cukup arif tentang sesuatu perkara, aku belum dapat nak jangka outcome yang bakal terjadi. Apa pun aku ambil apa yang dah terjadi sebagai pengalaman hidup.

Lain orang lain konflik yang mereka hadapi tapi untuk diri aku inilah dia konflik diri aku, yang mana aku lebih mahu menjaga perasaan orang sekeliling aku semata-mata nak mengelakkan masalah-masalah yang bakal berlaku. Seolah-olah nampak macam aku terhegeh-hegeh sangat sedangkan orang lain tak ada pun nak jaga hati aku. Walaubagaimanapun ini bukanlah isu yang besar sangat oleh kerana dah lali dengan benda-benda macam ni. Kalau dulu mungkin aku akan kisah kalau ini terjadi tapi sekarang aku ok saja, tak kisah sangat.

Bila umur dah makin meningkat dari tahun ke tahun seharusnya aku kena lah pandai dan tegas dalam membuat keputusan sendiri ditambah dengan rasa yakin. Pada yang sama, seek for others' opinion too as for our guide. Aku memang kagum pada mereka yang memang boleh buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi faktor-faktor lain. Tapi tak semestinya apa yang diputuskan itu memberi pulangan seperti yang kita mahu atau tidak. "Kita merancang tapi Allah yang menentukan."

Konflik diri pada aku memang tak ada surutnya. Mungkin akan recycle balik seperti yang telah aku sebutkan di atas. Hehe.. So no big deal! Itu saja entri untuk kali ini. Ade mood aku tulis lagi. Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam seantero dunia.