Hehe semalam sepatutnya nak update entri bertajuk "Passion" tapi sebab kedatangan member rapat dari Borneo maka tertangguh la hasrat nak menulis. Sekarang ada masa terluang bolehlah menulis dengan lapang dada.
Passion dengan erti kata lain keghairahan, bagi aku jika org tanya "what is your passion?" Aku akan jawab most definitely Soccer/Football/Bola Sepak. Dari kecil aku didedahkan dengan sukan kegemaran manusia di planet bumi ni. Bukan aku tak main sukan lain cuma apa-apa yang melibatkan bola sepak memang agak susah untuk menolak jika di ajak. Sesetengah orang kata macam bodoh bila 22 orang dalam padang berebutkan satu bola tapi sebenarnya antara yang membuatkan permainan ini cantik adalah dengan bagaimana seorang pemain dapat mengawal bola tersebut dengan menggunakan kaki tanpa memegang bola itu dengan tangan.
Ia bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya kerana bola sepak ini melibatkan 22 orang pemain, 1 pasukan 11 orang pemain yang mana mereka haruslah bermain secara berpasukan dan bukannya secara solo semata-mata. Jika seorang individu itu ada kebolehan solo nya tersendiri ia adalah bonus untuk pasukan mereka.
Eh! dah macam mini-tutorial bola pulak hehe. Itulah passion aku yang paling tinggi setakat ni. Sekarang ini aku cuba berjinak-jinak nak menjadikan bidang pengajaran, penulisan & pembacaan adalah passion aku seterusnya. Cuma agak sukar sedikit memandangkan aku memerlukan something untuk jump start minat baru ni.
Mungkin sesetengah orang yang mengenali aku akan persoalkan sama ada menyanyi adalah passion aku juga? Sebenarnya nyanyian ni minat sahaja, something yang aku quite suka juga buat tapi tidaklah seghairah bola sepak. Tapi tak bermakna aku terlampau mengambil remeh pasal nyanyian sebab ia adalah salah satu part time job aku juga. Cari duit poket. Aku lebih selesa dikatakan sebagai wedding singer saja. Jauh di sudut hati aku tak terfikir untuk melangkah lebih jauh dalam nyanyian ni. Tapi Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Untuk kepuasan sendiri aku memperbaiki juga teknik vokal dari semasa ke semasa supaya tidak sumbang karang orang terjun lombong nanti hehe.
Tapi jika diberi pilihan semestinya aku akan lebih berat kepada bola sepak berbanding dengan yang lain. Itu pun bergantung kepada keadaan. Setakat sini saja posting ringkas untuk "Passion" kali ini. Panjang-panjang nanti orang jemu pula kan hehehe.

Yeah! Aku suka posting ini. Kerna posting ko merupakan luahan hati! Kita perlu buat apa yang kita suka. Jika passion kita ke arah sesuatu benda, setiap orang harus menghormatinya. Kerna itu adalah pendirian kita. Yeah!
ReplyDeletehyxmfjmfdxgfmg
ReplyDelete