Sunday, 7 August 2011

Dimensi Baru VL


VLFC dah lama tak beraksi sejak dari bulan berapa entah last kitorang main beberapa bulan lepas. Baru-baru ni VL dua minggu berturut-turut berfutsal tapi malangnya prestasi merudum boleh kata sampai ke tahap yang tidak di sangka kerana chemistry atau keserasian antara pemain-pemain VL macam dah lost. Sampai juga ke telinga aku yang mana sesetengah pemain menyuarakan kekecewaan dari segi prestasi VL.

Bagi pengetahuan semua, untuk dua minggu berturut-turut, VL tewas 2 game. Tetapi on the bright side, aku tetap yakin yang counter-attack milik VL adalah yang paling terbaik setakat ini walaupun di kala prestasi pasukan yang tengah merudum sekarang. Sedikit sebanyak entri ini akan aku jelaskan berdasarkan apa yang aku observe yang menjadi punca kemerosotan prestasi VL.

Antara punca utama adalah faktor masa di mana VL dah berbulan-bulan rasanya tak beraksi sebelum dua minggu lepas. Oleh itu keserasian sukar dicapai dalam masa yang singkat yang mana pemain-pemain kalau boleh bersabarlah sedikit dan perlahan-lahan mencari rentak. Jelas kelihatan baru-baru ini apabila pemain-pemain tercari-cari rentak masing-masing. It will come naturally, believe me.

Seterusnya, selama ini VL sering berada dalam zon selesa yang mana opponent yang selalu VL tentang adalah opponent "kitar semula" di kalangan rakan-rakan. Ia bermaksud, pihak lawan yang sering di lawan berulang-ulang kali maka tahap prestasi hanya berkembang setakat itu sahaja. Pernah juga VL lawan opponent baru yang di ajak melalui pemain-pemain VL, selalunya VL akan tewas untuk game pertama tapi bila di ulang perlawanan tersebut VL biasanya menang. 

Aku mengambil inisiatif untuk mengeluarkan VL dari zon selesa yang mana opponent-opponent VL adalah dari kalangan GoFutsal forum yang selalu aku war-war kan kepada team-mates. Aku jangka dari situ VL akan dapat exposure yang lebih kerana kebanyakan team-team forum adalah yang aktif dalam tournament futsal. Sementalaah itu, kita boleh belajar bagaimana corak, rentak, taktik yang digunapakai team-team ni untuk improvement VL.



Tak bermaksud aku katakan yang opponent "kitar semula" itu tak memberi manfaat. Ia sangat bagus sebab dari situ lah kita tahu kekuatan tersendiri pemain-pemain VL i.e. dribbler, crosser, long ball, short pass, goalscorer etc. Permasalahan ketara VL ketika ini adalah PERTAHANAN yang mana perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa. 

Sebagai kapten yang dilantik oleh semua player secara tak rasmi (haha!), aku sarankan VL tak perlu lah nak ikut rentak atau cara permainan team lain sebabnya kerana setiap individu dalam VL mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa kata kita eksploitkan keistimewaan itu semaksima boleh dan seterusnya memaksimakan counter-attack yang sememangnya our strong point kita dan improvekan bahagian pertahanan.

Harapan aku dengan pendedahan anonymous opponent harap-harapnya VL boleh lebih improve gameplay menjadi lebih menarik dan stylo. Kita set mindset kita nak berfutsal for fun kerana dengan cara itu VL pasti akan beraksi cemerlang berbanding kalau kita set mindset untuk menang sebab kalau tak nanti kita akan tension dan stress, bila tension dan stress masa itu lah kita perform teruk.

Akhir kata, apart from kebanyakan team yang pernah aku main, VL is far more ahead BETTER than any other team. I am proud to be a Locos. Because we start from the bottom and become what we are today.

Sekian.

2 comments:

  1. Isu VL = Pertahanan? Sama macam isu pasukan Malaysia.

    Maknanya majoriti anggota VL nak menyumbang kepada gol tapi minoriti anggota VL yang nak selamatkan pasukan daripada gol.

    Kata lainnya, mentalitinya banyak gol menang. Tapi mentaliti kurang bolos tak ditanam. Bila gol maka hero. KPInya gol.

    Aku tak handal bermain futsal tapi pengalaman sikit yang dapat masa bermain dengan VL, itu pasal kita sama-sama gol 10-10. Rasanyalah.

    Akibatnya bermain kaedah gini? Terlalu banyak tenaga dikerah, gol banyak berjaya dihasilkan tapi hasilnya seri 10-10. Penggunaan tenaga yang tak cekap, walaupun gitu aku akui VL berstamina dan pantas.

    Amat merugikan jika ini berterusan, 2 KPI yang patut diterapkan selepas ini, gol itu ganjaran & tak bolos itu pun ganjaran. Tentang penerapan haruslah berhikmah, dan ko lebih mengenali rakan sepasukan. Pendekatan play for fun memang cool. Boleh berhasil. (Tengok contoh Charma bila dah tak ada elemen sing for fun?)

    Itu saja. Hehe panjang pulak. Termenyibuk.

    YASIR TAMIZI

    ReplyDelete
  2. Termenyibuks tidak menjadi masalah tuan inspekter Hikayat. Segala komen kritikan serta komen binabadan amatlah di alu-alukan. Benarlah jika dilihat umpama VL dah macam Malaysia iaitu masalah pertahanan. Kami anak Malaysia (bangga sambil pegang badge!).

    Dan sememangnya PERTAHANAN adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan semasa perlawanan persahabatan dengan mana-mana team nanti. Diharapkan pemain-pemain VL tidak cepat putus asa sekiranya berlaku kekalahan. Ayuh VL bangkit!

    Nanti kalau asyik kalah saja ada yang mintak transfer request. Haha!! Tang Charma tu........jom ngeteh di kedai kopi sambil diskusi barulah seronot. Hehe...

    Sekian.

    ReplyDelete