Tengah duduk-duduk tiba-tiba terfikirkan tentang apa yang dah aku buat sehingga berada ke tahap sekarang. Salah satu apa yang dah berlaku sebelum ni adalah dengan decision aku untuk join program internship yg dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd. Sebut saja pasal internship ni belia-belia masa kini khususnya bagi mereka yang nak memulakan semula karier dalam sesuatu bidang pekerjaan, takkan prefer sangat program ni sebab kalau dilihatkan remuneration package yang ditawarkan adalah sangat rendah. Ini kerana ia berbentuk elaun yang mana jumlahnya lebih kurang dari pakej gaji.
Situasi ini adalah normal dan aku takkan dispute decision mereka pun kerana ada di antara mereka yang telah berkeluarga dan tanggungan mereka agak tinggi. Tapi aku agak kurang setuju sikit bila generasi muda terutama graduan lepasan universiti yang memandang enteng, sebilangan bukannya keseluruhan, tentang internship ni. Alasannya adalah kerana faktor gaji yang sikit. Ditambah pula dengan merungut dengan keadaan di tempat kerja yang tidak favourable kepada mereka ex: stress dsb sehingga mengakibatkan mereka berhenti kerja. (kalau tak berhenti tu kira ok lagi)
Tidaklah aku condemn mereka sekeras-kerasnya kerana aku juga antara yang berfikiran seperti mereka masa aku baru lepas grad dulu. 2 bulan je tahan di satu bank tempatan ni kerana tak tahan stress lebih-lebih lagi isu perkauman di situ. So kat sini aku just nak share kepada pelajar-pelajar lepasan universiti yang baru nak masuk ke alam pekerjaan ni untuk attempt internship program ni sebagai persediaan mereka sebelum masuk ke dunia pekerjaan yang sebenar.
Secara ringkasnya, internship ni dapat membantu peserta dari segi fizikal dan mental sebelum mereka menempuh alam pekerjaan sebenarnya. Masalah yang sering berlaku di tempat kerja adalah komunikasi antara executive dengan management. Sekurang-kurangnya apa yang mereka lalui sepanjang pembelajaran mereka, ia dapat memberi pendedahan kepada peserta bagaimana nak handle sekiranya berlaku situasi sebegini. Soft skill individu dapat diperkembangkan berperingkat-peringkat.
Tidak dinafikan kalau dari sudut kewangan akan nampak rendah saja. Tapi kalau bermula dari bawah dan kita sabar, pasti akan dapat reward tak lama kemudian ditambah sekiranya kita perform dalam tugas kita ex: naik gaji, naik pangkat etc. Sekiranya ditanya pendapat aku wajarkah program sebegini untuk di join terutamanya untuk fresh graduate, aku memang SETUJU kerana aku pernah laluinya dan ianya suatu pengalaman yang sangat berharga. TERIMA KASIH CYBERVIEW! (wah promo gitu...hihi).
Ianya bukanlah satu kemestian tapi hanyalah cadangan dari seseorang yang pernah melaluinya. Aku yakin ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan aku dan aku hormati pendirian mereka.
"Hot-Chu-Weyy"
Sekian.
No comments:
Post a Comment