Dapat idea untuk topik "Ke-Salah Faham-an" ni masa dengar tazkirah ringkas masa solat terawih semalam di Masjid Al-Hasanah, Bangi berkenaan sedekah. Apa yang diceritakan bukannya pasal sedekah semata-mata tapi lebih kepada attitude orang kita tentang benda-benda yang baik di sekeliling bila kita buat tapi di pandang serong/remeh.
Aku akui hanya segelintir yang bersikap demikian tapi yang sedikit ini lah yang merebakkannya secara berleluasa sehingga menimbulkan kegusaran kepada kebanyakkan masyarakat kita terutama yang hendak berbuat kebaikan ke arah keagamaan.
Antaranya adalah seperti menderma. Sekarang rasanya dah kurang gejala ini di mana bila kita menghulurkan sejumlah wang untuk menderma, segelintir yang tersebut akan cakap-cakap belakang kononnya kita nak menunjuk sedangkan mereka tak tahu yang niat kita ikhlas nak menderma.
Apa yang aku nak persoalkan, mereka yang cakap belakang ni tak tergerak ke nak memberi sumbangan khususnya kepada masjid-masjid atau anak-anak yatim kalau dah rasa diri tu bagus sangat? Oleh itu, janganlah memandang serong sekiranya ada individu yang menderma dengan banyak bukan sebab nak berlagak tapi sebab dia mampu.
Alhamdulillah apa yang aku perhatikan kini dah sangat kurang "mereka-mereka" yang memandang serong kepada orang-orang yang berbuat kebaikan ni. Masih ada, tapi dah tak banyak.
Sebut tentang derma lagi, aku mudah rasa kasihan terhadap individu yang hidup dalam kesusahan atau dengan kata lain daya empathy aku sangat tinggi. So dulu jika aku ada lebihan duit belanja aku dermakan pada peminta sedekah sama ada kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat anggota badannya.
Orang yang cetek pemikirannya akan fikir yang aku ni nak tunjuk baik lah tu sedangkan apa yang aku rasa bukannya diorang tahu. Pedulikan saja. Tapi kini perasaan aku lebih untuk menderma ke masjid-masjid kerana aku tahu ke mana aliran duit tu pergi which is ke jalan yang betul.
Bukan aku tak nak derma lagi kepada peminta sedekah, sebabnya sekarang ni dah makin banyak sindiket-sindiket yang mempergunakan kanak-kanak dan warga emas yang hidup susah bagi mengaut keuntungan peribadi atau syarikat. Aku sangat menentang benda-benda macam ni!!
Tapi tengok mood jugak walaupun aku tahu itu sindiket kalau terasa nak derma, derma saja. Tak salah pun. Sekurang-kurangnya kita berniat nak menderma semoga Allah mengurangkan penderitaan yang dihadapi mereka.
Sekian.

menderma ni satu tujuannya ialah untuk sucikan hati, hapuskan dosa.
ReplyDeleteHati memang ikhlas jika kita nak derma, tetapi untuk mengelakkan orang lain buat cerita @ fitnah bila bagi derma duit besar, adalah elok kita derma secara anonymous; masuk dlm sampul atau akaun bank tanpa beritahu siapa identiti kita. Tahu2 Masjid dapat RM15 juta!
Kedua, derma secara anonymous boleh elakkan kita timbul perasaan riak, ujub, takbur secara tak sedar. Akhirnya kita dapat dosa.
Contohnya; pada asalnya kita ikhlas, tetapi bila orang nampak kita menderma, mereka memuji2 kita. Kemungkinan besar,akan timbul perasaan bangga diri meskipun sedikit...ia bahaya pada hati kita. Oleh itu kita perlu jaga hati kita dari terpalit dengan sifat mazmumah ini.
Mmg skunk ni byk sindiket dan kita tak tahu sama ada yang dapat duit derma tu sindiket ke tak. Tetapi jika kita ikhlas, kita tetap dapat pahala meskipun orang yg kita derma tu menipu.
P/S: Aku teringat akan satu surau yang aku tahu, setiap bulan surau sentiasa dapat duit daripada anonymous yang kaya. Itulah sebaik2nya.