Menulis sambil-sambil mendengar lagu. Pastinya akan melambatkan posting yang memang dah sedia lambat ni. Hehe.. Topik kali ini lebih banyak berkisar tentang aku dan sedikit sebanyak insan-insan yang berada di sekeliling aku.
Konflik, aku gambarkan sebagai sebuah percanggahan dalam diri aku dalam membuat keputusan atau decision-making. Bunyi macam remeh tapi inilah yang aku hadapi sejak dari kecil.
Sering terjadi bila hati aku kata ini tapi atas sebab tertentu aku terpaksa ikut itu. Permasalahan yang aku sendiri nampak ialah di mana aku belum cukup firm in giving my thoughts and take action for it. Sebab utama aku tak mahu mengecewakan pihak tertentu kerana aku seboleh-boleh nak mengelakkan berlakunya pertelingkahan, bermasam-muka yang mana aku cukup tak berapa nak kenan sangat.
Dengan kata lain aku mengalah saja. Tapi tak bermaksud apa yang aku buat itu tak mendatangkan kebaikan kerana pernah aku buat keputusan sendiri yang mana ia tidak berpihak kepada aku. Ini disebabkan aku belum cukup arif tentang sesuatu perkara, aku belum dapat nak jangka outcome yang bakal terjadi. Apa pun aku ambil apa yang dah terjadi sebagai pengalaman hidup.
Lain orang lain konflik yang mereka hadapi tapi untuk diri aku inilah dia konflik diri aku, yang mana aku lebih mahu menjaga perasaan orang sekeliling aku semata-mata nak mengelakkan masalah-masalah yang bakal berlaku. Seolah-olah nampak macam aku terhegeh-hegeh sangat sedangkan orang lain tak ada pun nak jaga hati aku. Walaubagaimanapun ini bukanlah isu yang besar sangat oleh kerana dah lali dengan benda-benda macam ni. Kalau dulu mungkin aku akan kisah kalau ini terjadi tapi sekarang aku ok saja, tak kisah sangat.
Bila umur dah makin meningkat dari tahun ke tahun seharusnya aku kena lah pandai dan tegas dalam membuat keputusan sendiri ditambah dengan rasa yakin. Pada yang sama, seek for others' opinion too as for our guide. Aku memang kagum pada mereka yang memang boleh buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi faktor-faktor lain. Tapi tak semestinya apa yang diputuskan itu memberi pulangan seperti yang kita mahu atau tidak. "Kita merancang tapi Allah yang menentukan."
Konflik diri pada aku memang tak ada surutnya. Mungkin akan recycle balik seperti yang telah aku sebutkan di atas. Hehe.. So no big deal! Itu saja entri untuk kali ini. Ade mood aku tulis lagi. Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam seantero dunia.


Konflik diri pasti akan terjadi kat semua orang termasok aku.
ReplyDeletePada pendapat aku, at the end of the day diri sendiri yang patut decide ttg segala perkara bukan kita lakukan sesuatu kerana kehendak orang lain, sedangkan hati kita kata lain. Aku pernah alami pengalaman2 seperti ini. At the end we suffer in silence.
Jika kita kata tentang soal nak jaga hati orang lain, memang kita akan rasa saperti itu. Pun begitu, kita perlu jaga hati diri sendiri dahulu dan orang2 sekeliling kita haruslah faham dan respect keputusan akan kita.
Satu lagi tentang jaga hati ni, Jika kita ada kalanya boleh mengalah dengan mereka, mereka buatlah perkara yang sama. Baru win-win not win-lose.
Cuma yang penting dalam hidup ini ialah bro; we have our own right 'coz we govern our own kingdom.
Jgn biarkan sesiapa pon mengawal kehidupan kita mengikut kehendak mereka, telling us what to do in life; kerana kadang kala kita tak perasan benda tu berlaku.
Kadang kala orang yang rapat dengan kita tu sebenarnya musuh yang nak musnahkan kita. Mereka pandai2 nak kontrol kita. Sedangkan kita tak pernah pon intervene kehidupan mereka. Mereka rasa mereka bijak dari kita sedangkan Alex...
KITA SENDIRI YANG KENAL ROH KITA. BUKAN ORANG LAIN.
Kita perlu kata ya @ tidak akan apa2 perkara.
Pun demikian, kita boleh meminta pandangan dari orang lain. Ia digalakkan. Kita minta pandangan kerana kita ingin mengumpul input sebelum buat sesuatu keputusan. Pada akhirnya, kita sendiri yang buat keputusan mutlak. Masa depan kita tentukan!
Contoh: Nak minom Pepsi ke Coke? Rakan kita minomlah Coke sedap. Tp kita pilih Pepsi. So minomlah Pepsi! Yeah!!
Dan akhir kata;
Allah SWT jadikan manusia insan yang merdeka dan hanya berserah kepada Allah SWT sahaja, Allah SWT tidak menjadikan kita hamba kepada manusia.
Itulah erti KEMERDEKAAN Sebenar. Yeah...
Satu lagi yang menarik. Risk taker merupakan orang yang berani untuk membuat keputusan dan tindakan sendiri. Mereka tidak takut akan kegagalan. Mereka redah sahaja. Dari situ mereka belajar dari pengalaman.
ReplyDeleteContoh: Katankanlah orang lain datang kat kita kata 'hey, janganlah main bola, kaki aku patah So kalu ko main ko akan patah kaki!' Tetapi kita main juga.
Btw, itu diri dia sendiri kerana nasibnya. Bukan kita. Dia tak perlu hendak samakan situasi hidupnya dengan kita dan nak apply kat semua orang.
Qada' dan Qadar setiap insan hanya dalam simpanan Allah SWT sahaja.
Kerana apa...?
Setiap orang dibesarkan dengan value tersendiri dan sifat, tabiatnya, pemikiran tak sama. How they'd grown up makes the difference.
Kalu banyak persamaan pun, mesti ada beberapa perkara yang pasti tak sama.
hahaha ... patut ko nye reply boleh buat posting baru courtesy to aku punye "Konflik Diri" ... keh keh keh
ReplyDeleteSeperti ayat yang pernah aku dengar,
ReplyDelete"Wa ma karuu, wa ma karAllah. Wallahu khairul makirin."
Maksud lebih kurang: ~Kita rancang, Allah juga rancang. Dan rancangan Allah jua lah yang akan terjadi.
YASIR TAMIZI