Entri kali ni bukanlah lebih kepada nak mendefinisikan apa itu pensyarah memandangkan semua orang pun dah tahu apa itu pensyarah dan job scope mereka. Tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis tentang topik "Pensyarah Muda" setelah terbaca satu ruangan forum berkenaan perkara ini. Berkemungkinan apa yang aku tulis ini sedikit sebanyak bias kerana aku sendiri on the way nak bina karier dalam bidang akademik ni.
Sedang-sedang aku membaca komen-komen di forum tu tergerak untuk aku menulis pendapat aku sendiri berkenaan ni di mana kebanyakannya orang menghentam pensyarah muda tak cukup pengalaman lah, tak membantu dari segi perkembangan pendidikan pelajar dengan "kementahan" mereka mengajar. Ada seorang user yang aku rasa beliau ialah seorang journalist yang mengambil petikan/kata-kata seorang profesor, berikut adalah posting yang aku baca, (copy paste bagi mengelakkan misunderstanding):
"keadaan ini pernah merisaukan seorang profesor dalam perbualan kami mengenai ‘watak muda’ yang mula membanjiri bidang akademik tanah air. Katanya, hal ini juga memberi isyarat negatif, menunjukkan ramai anak muda hari ini seolah-olah tidak mempunyai pilihan lain lalu menyambung pengajian selepas tamat ijazah pertama."
"memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan, jadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran adalah pilihan terakhir dilakukan dengan ‘terpaksa’. Akhirnya, selepas tamat, mereka berjaya juga menjadi pensyarah universiti."
"Namun, golongan ini tidak mampu menunjukkan tahap intelektual yang tinggi. Perkara ini tidak berlaku pada zamannya. Mungkin hal ini ada benarnya, memandangkan ramai graduan hari ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana hanya dengan keputusan keseluruhan minimum 3.00."
Pada pandangan aku, untuk menjawab statement ini apabila mengatakan anak muda ini tidak ada pilihan lain adalah kurang tepat kerana selain bidang pengajaran banyak lagi platform yang tersedia di Malaysia khususnya. Namakan industri-industri yang ada, pecahkan industri tersebut kepada syarikat-syarikat swasta kebiasaannya dan kerajaan, seterusnya pecahkan kepada department-department dalam syarikat. Bukankah banyak platform untuk pelajar-pelajar lepasan ijazah pertama/diploma ceburi? Apa yang aku perhatikan ramai juga belia-belia sekarang apabila mereka decide hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, most likely mereka dah tahu apa yang mereka nak buat untuk future mereka. Kalau kes terpaksa tu memang aku tak nafikan ada juga tapi sikit saja bilangannya. Tapi biasalah yang sikit tu lah orang dok kecohkan ye dak?
Namun terpulang juga kepada individu itu sendiri untuk mencorak karier masing-masing. Kalau betullah "watak lama" ini bagus bunyinya sampai katakan "watak muda" ni cetek ilmu, ada benarnya tapi kenapa tak dididik pelajar-pelajar mereka yang dah nak grad tentang macam mana nak masuk industri terlebih dahulu sebelum mereka mencorak karier masing-masing. Tapi aku TAK nafikan pengetahuan pensyarah senior/profesor memang tak dapat disangkal lagi dalam aspek pengajaran oleh kerana pengalaman mereka yang luas.
Yang membuat aku kurang setuju adalah apabila mereka kondemn pensyarah muda sebegitu rupa. Memang pengalaman mereka cetek, ya lah baru lepasan sarjana apa saja pengalaman yang mereka ada. Pengalaman dikumpul berperingkat-peringkat, lama-lama akan efisyen lah mereka. Orang-orang lama pun aku pasti masa mereka nak mula mengajar dulu mereka pun menghadapi kesukaran yang serupa tapi bila mereka dah expert dalam bidang mereka mudahlah untuk mereka kondemn bila ada orang baru masuk. Senario ini dah biasa sangat pada masa kini.
Tidak adil untuk samakan apa yang berlaku zaman dulu berbanding zaman sekarang. Tidak juga aku katakan yang aku kurang setuju dengan semua pendapat-pendapat "orang lama" ni. Ini kerana pensyarah muda zaman sekarang pun ada yang carried away dengan apa yang mereka lakukan dalam tugas mereka mendidik generasi muda. Contohnya mereka-mereka yang jenis gebang kuat tu memang patut la kena laser dengan pensyarah senior. Biasalah manusia mana ada yang perfect kan. Setiap sesuatu ada baik dan ada buruknya, kita tak dapat lari daripada itu.
Kesimpulannya, aku berasakan pensyarah muda terutamanya lepasan sarjana diberi peluang untuk membuktikan kebolehan mereka dalam bidang akademik ini. Ya, aku setuju expectation yang diletakkan ke atas mereka adalah tinggi tapi bagi mendapatkan hasil yang berkualiti ianya tak dapat dicapai dalam masa sehari dua. Pasti orang lama juga hadapi perkara yang sama masa mereka mula-mula start dulu. Berlaku adil lah pada mereka juga. Nescaya pensyarah-pensyarah muda ini lah yang menjadi pelapis untuk orang-orang lama dalam bidang akademik ini.
Give Time and It Will Grow
Setakat ini sahaja entri ringkas aku kali ini. Apa yang dihujahkan hanyalah berdasarkan pendapat dan pemahaman aku sendiri. Aku juga dalam proses transisi daripada belajar kepada mengajar. Masih banyak kelemahan. Tunjuk ajar daripada mereka-mereka yang senior amatlah diperlukan bagi tujuan memperbaiki diri.
Sekian.

Setuju dengan pendapat kau. Sepatutnya dlm kareer path sabagai Pensyarah, senior patut tolong develop Pensyarah muda agar mereka kelak akan membawa kelangsungan untuk mendidik anak-anak Bangsa. Bukan pandai mengkritik sahaja.
ReplyDeleteKedua, bukan semua pensyarah2 muda bersifat demikian. Ada yg nak maju tapi x diberi ruang untuk develop skills.
Ketiga, zaman sekarang berbeza. Kadangkala, pensyarah2 muda boleh jadi hebat jika mereka lepas degree pergi timba pengalaman agar masa buat Master boleh aplikasikan teori & pengalaman.
Sekiranya xda pengalaman, boleh dipelajari di Universiti/kolej. Bukankah Universiti/kolej ada koloborasi dgn pihak Swasta/Kjaan so that mereka kan dapat pengalaman dari sana.
Keempat, di peringkat Universiti/kolej; untuk develop tenaga pengajar muda, jangan letakkan boundary, nanti mereka akan statik di situ. Tidak boleh terlalu ikot prosedur buku (rigid sangat) sebaliknya skills diasah melalui pengalaman dan biarkan tenaga pengajar muda membida karakter masing2 dengan cara tersendiri. (Macam US education) sbb US adalah gabungan pelajaran UK+Germany+France 3 in 1.